Sunday, April 15, 2012

PERSOALAN DARI PELABUR UNIT AMANAH


Assalamualaikum


Jika saya ingin melabur sahaja melalui MAAKL Mutual dengan nilai RM1,000,000, selama 5 tahun sahaja. Saya dapat maklumat dari rakan , dengan memaksa saya melabur dengan MAAKL Mutual melalui beliau dimana beliau akan mendapat komisen 2% dengan saya mendapat cabutan bertuah.

Saya juga telah merujuk kepada http://www.maaklmutual.com.my/

Antara maklumat yang saya ingin tahu adalah :-
1. Boleh tak saya mendapat pulangan setiap bulan dengan kadar berapa %?
2. Adakah pulangan telah dikenakan cukai?
3. Adakah pelaburan saya mempunyai risiko dengan nilai pelaburan seperti diatas?
4. Perlukah saya membuat insuran terhadap pelaburan saya?
4. Boleh saya ingin mengetahui agen MAAKL Mutual berbangsa Melayu yang berada di Ipoh yang boleh dihubungi?

Jika diizinkan tuan dapat memberi maklumat yang diperlukan, saya akan memberitahu nombor talipon untuk dihubungi nanti.

Terima kasih.

*************************************************************************************

Jawapan kepada Sdra Saharul,


W’salam En Saharul,
Terima kasih krn bertanya.

InsyaAllah saya akan menerangkan sejelas yg mungkin berhubung simpanan pelaburan dlm unit trust ni.

Berikut adalah beberapa persoalan yg saya akan bertanya kpd pelanggan saya jika mereka memilih saya utk mengendalikan & menguruskan simpanan pelaburan mereka didalam unit trust.

Persoalan saya adalah seperti berikut:

1. Apakah objektif utama Tuan ingin menyimpan didlm simpanan pelaburan unit trust ini?
2. Berapakah umur Tuan sekarang?
3. Berapa lamakah Tuan ingin menyimpan didlm simpanan pelaburan unit trust ini? Tuan dah jawab 5 tahun.
4. Apakah tahap scale risiko Tuan? Jika scale 3 adalah konservatif, 5 adalah moderate, 8 adalah agresif dan 10 adalah high risk taker. Tuan ditahap mana?
5. Jika Tuan inginkan keuntungan 10% setahun, bolehkan Tuan menerima hakikat kerugian 10% setahun akibat kejatuhan harga saham di BSKL?
6. Pernahkah Tuan dimaklumkan tentang High Risk High Return, Low Risk Low Return?
7. Adakah Tuan dimaklumkan bahawa upfront service charge fee adalah sebanyak 6.5% ?
8. Adakah Tuan seorang yg pentingkan dana dana syariah? Saya adalah Pengurus Dana Syariah sahaja.
9. Adakah Tuan dimaklumkan bahawa dividen tahunan tidak dikenakan cukai?
10. Sbg memenuhi kehendak Akta BAFIA dan AMLA, adakah Tuan bersedia dgn dokumen jika ditanya dari mana sumber kewangan Tuan yg banyak itu?
11. Apakah simpanan pelaburan Tuan ini dari sumber kewangan Peribadi atau wang syarikat?
12. Adakah Tuan dimaklumkan tentang adanya coverage takaful percuma utk Dana Syariah Index?
13. Adakah Tuan dimaklumkan tentang adanya coverage istimewa khas utk pelanggan Maakl sahaja yg boleh dibayar tahunan dgn harga yg rendah dan mendapat coverage sehingga RM500,000-00 dan meliputi 36 penyakit kritikal.?
14. Adakah Tuan dimaklumkan tentang pembahagian dana dana yg perlu dibuat bagi merendahkan tahap risiko pelaburan? Jika ada, apakah dana dana tersebut?
15. Apakah Tuan telah dimaklumkan bahawa pulangan dlm simpanan pelaburan unit trust adalah berbentuk tahunan BUKANnya bulanan? Perlu difahami bahawa unit trust ini bukan Monthly Fixed Deposit.
16. Persoalan jumlah pelaburan tidak timbul tetapi amanah & tanggungjawab utk menguruskan pelaburan pelanggan yg perlu ada pada diri setiap penasihat pelaburan.
17. Apakah Tuan dimaklumkan tentang Hal Ehwal Ekonomi semasa atau Economy & Market Outlook ?
18. Adakah Tuan dimaklumkan tentang Money Market Fund, Bond dan Ekuiti Fund ? Jika ada apakah tahap risiko dana dana tersebut ?

Nota: Bagi menjawab persoalan Tuan pada email dibawah, saya jelaskan spt bkt:
- Komisyen tu sebenarnya bukan 2% tetapi asas utk pelaburan tunai adalah 2.75%.
-Nilai risiko bergantung kpd jenis dana dana yg dipilih.

InsyaAllah saya boleh dihubungi pada bila bila masa,
Sekian.
Wassalam

Anuwa Muhammad
HP 012-2731773